SF
Dah bertahun-tahun tapi masih tak move on?
Wednesday, 12 December 2018 12:54 am Love 0 Blossom(s)

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku busy tau lepas dapat result tu, sebab lepastu terus masuk sem 3 pulak so memang tak sempat nak update blog (dan malas ya ampun). So sekarang ni tengah week 14 which is week paling teruk sekali untuk every sem and aku tiba-tiba rasa nak tulis entry sebab rindu nak menulis and nak bercerita. It's hurt to keep it sendiri weh.

Pernah tak korang rasa yang korang dah move on dari ex korang, tapi tiba2 after few years kau teringat balik. Teringat every single things that happen throughout you guys punya relationship. Even yang kau tak sepatutnya ingat pun. Aku taktau kenapa harini, and few months before i keep teringat and rasa rindu. Kadang2 rasa, betul ke aku dah move on. Kalau aku dah move on, kenapa masih teringat, masih rindu?

Paling aku rindu, paling aku gembira, bila aku tau yang aku pernah jadi first love someone. Aku tak pernah terfikir orang macam aku ni akan jadi someone's first love. Aku takda rupa, mengada, gedik, suka marah, suka nangis, siapa je yang akan suka kan? Tapi perancangan Allah tu unexpected guys. Bila orang kutuk aku, mengata aku, dia biar je sebab bagi dia, dia yang bercinta dengan aku, bukan orang lain. So semua tak layak nak cakap apa2.

Paling aku tak boleh move on bila dia datang rumah aku semata2 nak jumpa 5 minit weh. Aku dengan tak mandinya, keluar jumpa dia pakai baju tidur. Menggigil aku jumpa dia, suara aku tak keluar bila dia cakap dengan aku. I never know dia lagi tinggi dari aku. I never know someone that are younger than me, boleh sayang aku sampai macam tu.

2 kali kitorang couple sepanjang kitorang kenal. Dari zaman aku sekolah lagi kitorang couple but break. Yang tu memang zaman dia tengah playboy teruk, yelah budak handsome, siapa je taknak kan HAHAHA TERPUJI PULAKK. But then the second time, dia tak malunya pergi video call aku dekat skype, tak sangka pulak tu jalan untuk kitorang dua getback. Setahun lebih jugak tak contact each other. Tapi time tu masing2 dah besar. Bila malam on the phone je, he cried sebab pernah buat macam2 perangai time dengan aku. We used to cry a lot bila kitorang sembang about us. We can't accept the fact that we are not together anymore.

We faced too much obstacles. At the end, still kitorang yang kalah dengan halangan, dengan dugaan. We didn't communicate well before this. Bila dia jealous, dia palau aku. sampai aku jadi macam, "Oh dia buat aku macam ni lagi, betullah dia tak berubah". Aku terus mintak break guys, berbulan aku menangis rindu dia. Lama guys, even sampai sekarang aku masih sedih bila aku teringat pasal tu.

Orang selalu kata, kalau ada jodoh, kau lari jauh mana pun, dia tetap akan datang, dia tetap jodoh kau. Ni lah ayat yang aku pegang dari dulu. Banyak kali aku cuba lari dari dia, kitorang tak contact for a year then mesti one of us akan cari each other balik. Tu boleh pakai ke guys? Aku tak pakar soal hati, aku selalu goyah. Betul ke mereka yang pernah aku sayang tu jodoh aku? No one can answer that.

Aku rasa kelakar bila teringat benda2 macam ni, aku tak move on ke? Aku dah ada boyfriend tau. Kenapa aku kena buat macam ni? Ye orang akan kata, "janganlah contact dengan ex lagi kalau taknak teringat", you are not in my shoes. Bila kau sayang orang betul2, it will be different. Aku tau aku jahat sebab aku yang buat perangai sekarang, tapi aku nak buat apa lagi?

Assalamualaikum.

Words ;




21. Dah lama menulis tapi masih noob.



Kawan-kawan ;


Tabung Kahwin ;


Credits ;

The Skin By : SF
Basecode : Sf

All rights reserved ® SF 2016.